Cari Blog Ini

Kamis, 06 Desember 2012

Budidaya Tanaman Sayuran Dan Tanaman Buah

Tanaman Markisa

 

Penanaman markisa menggunakan biji benih dari buah yang cukup masak. Biji benih markisa diambil dari buah masak yang disimpan 1-2 minggu sebelum dikeluarkan bijinya. Biji ini perlu dibersihkan dan dibiarkan beberapa hari sebelum disemai.
Biji akan bercambah dalam2-3 minggu dan bersedia untuk diubah apabila mencapai ketinggian 22-25 cm. Penanaman pokok markisa didalam lubang yang telah di berikan baja organik dan sebaiknya mempunyai sistem pengairan yang sempurna. Pokok markisa memerlukan kayu penyokong untuk menjalar dan menghasilkan bunga dan buah. Jarak penanaman sekitar 2 meter x 3 meter dibawah sistem para yang dibina. Kerja melilit pokok markisa diperingkat awal adalah perlu. Buat cantasan pembentukkan pada batang yang menjalar diatas tanah kalau terlalu banyak tunas baru.
Pokok markisa mula berbunga selapas 9 bulan-1 tahun selepas ditanam bergantung kepada amalan agronomi dan varieti yang ditanam. Buah markisa yang masak akan dituai apabila mencapai tahap kematangan 75% apabila warna kulit buah bertukar kepada warna kuning atau ungu. Buah yang masih muda lazimya berwarna hijau, bulat dan berkilat dengan ada keputihan sedikit. Buah yang terlalu masak tidak sesuai untuk pasaran ekspot kerana sudah agak lembik dan tidak tahan lama. Sebaiknya elakkan buah daripada gugur diatas tanah dan dibiarkan kerana ianya akan menyebabkan lalat buah bertelur dan membiak dengan lebih banyak. Buah dengan garispusat 6-8 cm dengan warna kuning atau ungu sesuai dipetik, dibersihkan dibuat grading dan dimasukkan kedalam kotak. Baja organik kebiasaannya digunakan sebanyak 250 – 300 gram sepokok dan bubuh baja NPK 15:15:15 pada peringkat vegetatif. Serangan ulat makan daun dan layu bakteria kadang-kadang berlaku pada tanaman markisa. Buah yang muda berwarna hijau berkilat dan mengandungi rasa sangat masam. Buah masak akan menjadi warna kuning, oren atau merah saga mengikut jenis markisa. Buah mengandungi biji yang lonjong dan varieti tempatan agak masam berbanding dengan varieti impot yang agak lebuh manis. Buah markisa sesuai dimakan segar, dibuat jus minuman atau dijadikan kordial markisa yang mendapat pemasaran yang baik.

Tanaman Nanas Gandul



Nanas merupakan salah satu di antara sembilan jenis buah-buahan yang diberi keutamaan untuk dimajukan di bawah Dasar Pertanian Negara ke Tiga. Kebanyakan nanas yang ditanam di negara ini dibahagi kepada dua kategori iaitu jenis nanas untuk tujuan pemprosesan (kaleng) dan jenis yang ditanam segar.



Hasil pengeluaran nanas gandul pada masa ini adalah dibawah 20,000 kg/ekar (50,000 kg/hektar). Nanas gandol hanya untuk diproses sahaja (tidak dimakan segar)

Penanaman Kacang Tanah



Tahukah anda? Apakah carian yang paling popular mengenai kacang tanah? Antara 9 kata carian mengenai kacang tanah yang orang ingin tahu ialah mengenai kacang tanah goreng pedas, kacang tanah goreng bersalut tepung, kacang tanah goreng berempah, kacang tanah kalori, kacang tanah penyebab jerawat, kacang tanah untuk ibu hamil, kacang tanah sambal dan juga biskut kacang tanah. Jarang sekali orang ingin tahu panduan atau bagaimana menanam kacang tanah.

Secara ringkas, biji benih yang disyorkan bagi penanaman adalah 60kg/ha di mana jarak jarak tanaman yang digunakan ialah lebih kurang 50 sm x 10 sm, sebiji selubang dengan kepadatan 200,000 pokok /hektar. Hasil kacang tanah boleh dikutip antara di antara 90 dan 110 hari selepas ditanam bergantung kepada varieti yang ditanam. Sesetengah varieti boleh dikutip seawal 2 setengah bulan dan Anggaran hasil adalah tiga hingga 4 tan sehektar

Khasiat Nanas



SAKIT TEKAK (TONSIL)
Jika anda sakit tekak atau tonsil, kupas bersih sebiji nenas muda dan rendamkan ke dalam air garam semalaman. Seterusnya, kisar sehingga lumat nenas tadi dan tapis. Minum perahan ini sehingga habis dua hari sekali sehingga sembuh.
KENCING BATU KARANG
Untuk meredakan kesakitan akibat kencing batu karang, kupas bersih buah nenas yang separuh masak. Kisar, tapis dan minum sekali setiap hari. Hampasnya pula, tempekkan ke bahagian ari-ari atau ke tempat yang sakit untuk menyejukkannya. Selain itu, jus nenas ini juga dipercayai dapat membantu mengubati masalah jangkitan pada salur kencing.
BENGKAK GUSI
Kiranya gusi anda bengkak mungkin kerana jangkitan atau luka tetapi bukan kerana sakit gigi, tampalkan pada bengkak umbut nenas yang ditumbuk lumat dengan garam. Ganti tempekan lama dengan yang baru mengikut keadaan.
SEMBELIT ATAU PANAS DALAM PERUT
Untuk mengubati sembelit atau masalah panas dalam perut, minum air rebusan setengah biji buah nenas muda bersama air tiga biji buah kelapa muda. Rebus sehing¬ga masak, tapis dan minum segelas dua kali sehari.
RAMBUT BERUBAN
Jika anda masih muda tetapi rambut sudah mulai beruban, cubalah petua berikut. Campurkan 200 cc jus buah nenas manis, 100 cc santan kelapa dan 100 cc jus pera¬han limau purut. Lumurkan ke seluruh rambut dan biarkan selama yang termampu sebelum mencucinya. Di masa yang sama, jangan gunakan apa-apa minyak rambut yang mengandungi bahan kimia. Sebaliknya, gunakan minyak kelapa atau minyak lenga.
TEKANAN DARAH RENDAH
Bagi mengubati masalah tekanan darah rendah, masak 60 gram isi ayam bersama 250 gram nenas ranum (potong halus). Tambah garam mengikut selera dan makan de¬ngan nasi. Amalkan menu ini sehingga tekanan darah kembali normal.
PANAS BADAN
Untuk menyejukkan badan di hari yang panas terik makanlah sepotong nenas manis dengan bercicah garam atau kicap masin. Amalan ini juga baik untuk membantu proses pencernaan. Khabarnya pula, jika ianya dimakan di waktu malam hari, ia meningkatkan syahwat.
SEDUAN
Untuk menghentikan seduan, rebus sehelai daun pokok nenas (pilih yang paling pan- jang) dalam dua liter air. Tapis dan setelah suam, cuba minum sehingga habis sebaik- baiknya dalam satu nafas.
PERINGATAN
Wanita yang mengandung ditegah dari makan nenas muda kerana dikuatiri akan mencacatkan bayi dalam kandungan. Tetapi jika sudah mengidam, carilah buah nenas yang betul-betul masak atau ranum. Namun jangan makan terlalu banyak. Mereka yang mempunyai masalah ulser dalam perut atau gastrik juga dinasihatkan jangan makan nenas yang bersifat tajam. Terlalu banyak makan nenas juga boleh menyebabkan sakit kepala dan menyempitkan salur kencing

Jenis Sayur-sayuran

Sayuran boleh dibahagikan kepada 4 kumpulan. Kumpulan yang pertama terdiri daripada sayuran jenis daun. Sayuran jenis daun seperti kangkung, bayam, cekur manis (asing-asing) dan yang lainnya akan memberikan unsur-unsur mineral, seperti besi dan kalsium. Sayuran ini juga membekal- kan vitamin A dan vitamin C. Sayuran jenis daun hijau muda, seperti kubis, sawi hijau dan kai lan juga membekalkan zat-zat makanan yang sama.
 

Kumpulan yang ke-2 terdiri daripada sayuran jenis buah. Contoh-contoh yang biasa termasuklah terung, cili, tomato, timun, peria, labu dan berbagai-bagai jenis kekacang. Buah yang berwarna merah, kuning atau oren akan membekalkan vitamin A. Semua sayuran dalam kumpulan ini akan memberikan mineral-mineral dan vitamin-vitamin yang menyedapkan lagi rasa makanan.
Contoh-contoh sayuran kekacang antaranya ialah kacang botor/kelisa, kacang panjang, kacang buncis, kacang soya dan kacang hijau. Sayuran ini sangat penting kerana di samping mengandungi zat-zat makanan yang lain, ia juga banyak mengandungi protein. Dengan demikian sayuran jenis ini mustahak dimakan jika sumber protein yang lain, seperti daripada ikan, daging dan telur berkurangan dalam hidangan seharian. Sayuran kekacang ini juga banyak membekalkan vitamin B yang diperlukan untuk kesihatan badan.

 

Kumpulan yang ke-3 ialah sayuran jenis akar. Ini termasuk lah jenis ubi seperti ubi keledek, ubi keladi, ubi kayu, lobak, karot dan sebagai lagi. Ubi yang berwarna putih membekalkan karbohidrat yang penting untuk menghasilkan tenaga. Jenis ini juga banyak memberikan vitamin dan mineral. Ubi yang berwarna kuning, seperti karot dan ubi keledek, di samping membekalkan tenaga, juga banyak membekalkan vitamin A.
Kumpulan yang ke-4 terdiri daripada sayuran jenis bunga seperti kubis bunga dan brokoli. Penggunaan sayuran ini semakin meningkat di kalangan penduduk Malaysia. Ia biasanya ditanam di kawasan dataran tinggi dan berhawa dingin. Kebanyakan sayuran kubis bunga dan brokoli masih diimport dari Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, baru-baru ini usaha telah dibuat untuk menggalakkan penanaman sayuran jenis ini di kawasan dataran rendah. Beberapa varieti yang sesuai dengan suhu panas, iaitu jenis yang boleh berbunga dalam suhu tersebut telah dikenal pasti untuk panduan para pekebun. Biji benih varieti ini boleh diimport dari Taiwan, Jepun, Australia dan Holland.

0 komentar:

Posting Komentar

Radio Online

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More